suria

Jururawat lelaki nafi tuduhan cabul pesakit lumpuh

Messeri dibuang kerja pada Februari 2020. Foto: iStockphoto.

SEBUAH hospital di London memecat seorang jururawat lelaki atas dakwaan mencabul pesakit.

Menerusi perbicaraan yang berlangsung, Paolo Messeri didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang pesakit lelaki yang lumpuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Raba dan pecut! Penunggang motosikal cabul remaja kini diburu polis

Dakwa pesakit tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai X, Messeri kerap menampar punggungnya, menyentuh anggota badan, memasukkan jari ke dalam telinga dan hidung serta cuba mencium bibirnya.

Menurut X, siri kejadian itu berlaku ketika dia terlantar di hospital berkenaan.

Selain Messeri, X mendakwa seorang lagi jururawat lelaki turut melakukan perbuatan sama.

Dalam pada itu, Messeri menafikan dakwaan tersebut dan berkata dia bukanlah seorang gay.

Dalam perbicaraan, Messeri mengakui dia mempunyai hubungan yang baik dengan pesakit berkenaan.

Kes ini pertama kali didedahkan pada tahun 2019.

Biarpun tiada bukti mencukupi atas dakwaan berkenaan, Messeri dibuang kerja pada Februari 2020.

Dalam perkembangan terbaharu, Messeri menang dalam tuntutan di tribunal, sekaligus membuktikan pemecatannya adalah salah.

Menurut hakim John Pritchard, hospital gagal memberikan bukti kukuh sebelum memecat jururawat tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain