suria

Suhu cecah -2 darjah Celsius, Gurun Sahara dilitupi salji

Pemandangan Gurun Sahara dari lensa Karim Bouchetata. Foto: Instagram Karim Bouchetata

GURUN lazimnya dikaitkan sebagai kawasan yang panas terik dan tandus, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Gurun Sahara telah mengalami fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku.

Fenomena di mana suhu menjunam ke paras beku sehingga -2 darjah Celsius menyaksikan Gurun Sahara kini dilitupi salji.

Seorang jurugambar, Karim Bouchetata telah merakam gambar salji di bandar Ain Sefra, Algeria dekat sempadan Maghribi yang menunjukkan beberapa unta diliputi salji, awal minggu ini.

Ain Sefra, yang dikenali sebagai 'The Gateway to the Desert', terletak sekitar 1,000 meter di atas paras laut dan dikelilingi oleh Pergunungan Atlas.

Ini adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun lalu salji turun di bandar berkenaan.

Sebelum ini fenomena yang sama berlaku pada 1979, 2016, 2018 dan 2021. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Gurun Sahara, salji, Karim Bouchetata

Artikel Lain