suria

Pedofilia terlepas hukuman penjara kerana hidap cerebral palsy

Stret ditahan di rumahnya pada 13 April tahun lalu. Foto: Liverpool Echo.

SEORANG pedofilia terlepas hukuman penjara kerana menghidap cerebral palsy dan paraplegia spastik.

Philip Street, 41, ditahan selepas menghantar beberapa keping mesej lucah secara atas talian kepada seorang gadis berusia 13 tahun.

Street, dari Rock Ferry, Birkenhead, 'kantoi' selepas dia tidak menyedari bahawa dirinya sedang bermesej dengan profil umpan yang dikawal oleh pegawai polis pada waktu itu.

Dia dijejaki melalui alamat e-melnya dan ditahan di rumahnya pada 13 April tahun lalu.

Street mengaku bersalah kerana cuba melakukan komunikasi seksual dengan kanak-kanak, yang membawa hukuman penjara dua tahun.

Dia bagaimanapun terlepas hukuman itu kerana kekurangan fizikal pada dirinya.

Hakim mahkamah di Liverpool mengarahkan Street menjalani perintah komuniti selama dua tahun, dengan Keperluan Aktiviti Pemulihan 15 hari dan program rawatan pesalah seks. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain