suria

Abang sado didakwa bunuh teman wanita dalam tab mandi dipenuhi asid

Zafar menyerahkan diri kepada polis selepas gerakan mencarinya dibuat Ahad lalu.

MAYAT seorang gadis berusia 19 tahun dijumpai dalam sebuah tab mandi berisi asid pada Ahad.

Penemuan mayar Aminah Hayat di kediamannya di Sydney, Australia membawa kepada penahanan kekasihnya, Meraj Zafar yang juga seorang ahli bina badan.

Menurut pihak berkuasa, mayat gadis itu mungkin berada di dalam tab asid selama lebih sehari sebelum dia ditemui.

Dokumen pendakwaan lanjut mendedahkan bahawa Hayat dibunuh antara tengah hari dan 5 petang Sabtu, lebih 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

Ahad lalu, saudara-mara Hayat membuat laporan polis selepas menemui mayatnya dalam larutan asid.

Penyiasat tidak lama kemudian melancarkan operasi memburu Zafar sehingga dia menyerahkan diri kepada pihak berkuasa beberapa jam selepas itu.

Untuk rekod, Hayat berasal dari Bangladesh dan berpindah Australia sebelum bertemu dengan Zafar.

Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin beberapa minggu lalu, namun ia tidak dapat disahkan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain