suria

Sempat suntik separuh bibir, doktor hentikan rawatan selepas gadis mengaku tak mampu bayar

Akaun bank gadis itu dibekukan kerana dikaitkan dengan pengubahan wang haram.

SEORANG gadis dari Pakistan mengalami bengkak separuh bibir gara-gara rawatan kecantikan yang gagal disempurnakan.

Menurut Hareem Shah, dia membuat rawatan itu di United Kingdom (UK).

Ketika suntikan dilakukan, dia menerima panggilan telefon yang mengatakan akaun bank miliknya dibekukan.

"Saya sekarang berada di UK. Hari ini saya berjumpa doktor untuk suntik bibir.

"Doktor baru suntik separuh bibir saya, kemudian saya terima panggilan mengenai akaun bank kini dibekukan," ujarnya.

Gadis itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia tidak mampu untuk membuat bayaran penuh rawatan tersebut, menyebabkan prosedur berkenaan dilakukan separuh jalan sahaja.

Menurut laporan, akaun bank gadis itu dibekukan oleh Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) kerana dikaitkan dengan pengubahan wang haram.

FIA memulakan siasatan ke atas gadis itu pada 12 Januari lalu.

Dia sebelum ini pernah memuat naik video memaparkan sejumlah wang yang banyak.

Untuk rekod, Shah merupakan selebriti media sosial yang mempunyai 6.5 juta pengikut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain