suria

Janji nak bagi makanan tapi 3 lelaki tergamak rogol wanita gelandangan

Voicu dipenjara 13 tahun manakala dua rakannya dipenjara 11 tahun setengah.

MALANG nasib seorang wanita gelandangan di Leigh, England apabila dia menjadi mangsa rogol tiga lelaki durjana.

Menerusi kejadian pada Jun tahun lalu, wanita itu dijanjikan makanan dan minuman panas sebelum dia diperdaya masuk ke sebuah rumah.

Empat lelaki iaitu Adrian Voicu, 31, Sandokan Pachiu, 30, dan Constantin Dumitru, 24, bagaimanapun mengambil kesempatan dengan melakukan serangan seksual ke atas mangsa.

Voicu dikatakan menghampiri mangsa yang berada berhampiran pusat pelindungan gelandangan sebelum mengajaknya pulang ke rumah.

Ketika mangsa berada di dalam rumah sambil menanti makanan dan minuman yang dijanjikan, Voicu mengarahkan dia naik ke tingkat atas sebelum dia dirogol mereka bertiga.

Mangsa kemudiannya berjaya melepaskan diri sebelum dia membuat laporan polis.

Selepas perbicaraan, Hakim Martin Walsh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas Voicu.

Pachiu dan Dumitru pula menerima hukuman penjara 11 tahun setengah. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain