suria

‘Baby bump’ terlalu besar, wanita ini didakwa hamil 8 orang bayi

Renae dijangka bersalin pada 22 Februari ini.

SAIZ perut seorang wanita hamil hangat menjadi perbualan pengguna media sosial.

Wanita yang dikenali sebagai Renae itu meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi video memaparkan 'baby bump' menerusi TikTok miliknya.

Menurut Renae, netizen mendakwa dia sedang hamil anak kembar kerana saiz 'baby bump' tersebut yang sangat besar.

"Kamu pasti ada seorang bayi sahaja dalam perut kamu?

"Saya rasa awak ada empat pasang kembar," tulis beberapa netizen.

Menurut Renae, dia sedang hamil 37 minggu dan dijangka melahirkan anak keduanya pada 22 Februari ini.

"Saya sebelum ini pernah bersalin anak sulung. Cuma kali ini saya takut kerana akan bersalin secara pembedahan," ujarnya.

Tambah Renae, dia juga sudah melakukan imbasan ultra bunyi dan disahkan hanya mempunyai seorang bayi sahaja dalam kandungannya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain