suria

Cikgu PJ berwajah jelita dituduh tidur dengan pelajar lelaki

Tweedie kini sudah berpindah ke Dubai dan bergelar guru yoga di sana.

SUDAH lama berlarutan, namun kes melibatkan seorang guru wanita yang didakwa meniduri anak muridnya masih belum terungkai.

Dikenali sebagai Tweedie, guru Pendidikan Jasmani (PJ) berusia 27 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Hotel Premier Inn pada Jun 2017.

Ketika acara prom night, dia dikatakan menari dengan beberapa pelajar sebelum meniduri salah seorang daripada mereka.

Menurut seorang pelajar lain yang menjadi saksi kes tersebut, dia melihat Tweedie di atas katil bersama seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun.

Dalam perkembangan terkini, pelajar tersebut pada Isnin mengakui berasa bersalah atas kejadian berkenaan yang menyebabkan gurunya disiasat oleh General Teaching Council for Scotland (GTCS).

Dalam satu kenyataan, pelajar itu mengaku sudah terlanjur dengan gurunya.

Malah, mereka turut menikmati minuman keras bersama.

Difahamkan, Tweedie kini sudah berpindah ke Dubai dan bergelar guru yoga di sana.

Pendegaran kes tersebut diteruskan. Pihak sekolah bagaimanapun enggan mengulas lanjut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain