suria

Gadis cantik disangka kurang cerdik, mahu buktikan kejayaan dalam bidang undang-undang

Giulie turut bekerja sebagai model.

GADIS ini bukan sahaja berwajah jelita, malah memiliki latar belakang akademik yang cukup bagus.

Giulie, 24, yang juga pelajar bidang undang-undang mendedahkan dia sering dipandang rendah kerana memiliki wajah yang cantik.

"Saya kadang-kala suka bila ada yang pandang rendah kerana paras rupa saya. Saya mahu buktikan pada mereka yang saya boleh jadi cantik, pada masa sama saya boleh jadi cerdik.

"Sudah tentu saya boleh tayang kehidupan di media sosial, tapi apa yang penting, saya nak kejar pendidikan terbaik untuk diri ini.

"Saya mahu tamatkan pengajian bidang undang-undang dan cari pekerjaan yang bagus," ujarnya yang berasal dari Jerman.

Kata Giulie, dia peka dengan pandangan segelintir individu termasuklah yang berhasrat melihat dia tersungkur.

"Orang selalu pandang rendah dan tak percayakan saya. Mereka berharap impian saya tak tercapai.

"Saya rasa mereka bosan dan tak gembira dengan kehidupan mereka," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Giulie yang popular di media sosial turut bekerja sebagai model.

Wajahnya juga sering disamakan dengan pelakon popular Amerika, Reese Witherspoon. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain