SEORANG lelaki bertindak mencuri sebuah jip dari balai polis di daerah Dharwad di Karnataka, India kerana sudah lama menyimpan keinginan untuk memandu kenderaan tersebut. Tertuduh berusia 45 tahun yang merupakan penduduk di Pekan Annigeri bekerja sebagai seorang pemandu lori. Dia bagaimanapun menyimpan impian untuk memandu jip polis sejak sekian lama. Pada Rabu minggu lalu, dia secara kebetulan terlihat jip polis di balai polis Annigeri dan 'mencuba nasib' untuk masuk ke dalam kenderaan tersebut. Jip polis itu bukan sahaja tidak berkunci, malah kuncinya juga tidak dicabut daripada pencucuhnya. Mengambil kesempatan atas 'peluang keemasan' tersebut, lelaki berkenaan memandu jip itu sejauh 112 kilometer sehingga Motebennur berhampiran bandar Byadagi. Dia memarkir di tepi jalan dan tertidur. Penduduk tempatan yang mengesyaki sesuatu segera memaklumkan kepada polis tempatan. Polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan lelaki berkenaan. Polis mengesyaki lelaki tersebut mengalami gangguan mental dan ia adalah jenayah pertamanya. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI