suria

Dijangkiti sepsis... pelajar hilang kedua-dua belah kaki selepas jamah sisa makanan rakan

Pelajar itu disahkan mengalami jangkitan kuman agresif yang menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan darahnya mula membeku.

SEORANG pelajar kehilangan kakinya selepas menikmati makanan yang dibawa pulang rakannya, gara-gara mendapat jangkitan sepsis.

Difahamkan, pelajar yang hanya dikenali sebagai JC memaklumkan, hidangan yang dimakan adalah mi ayam yang ditempah rakannya pada malam sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... Dua beradik maut makan buah beracun

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sebak, rasa malu... anggap kejadian dua budak maut sebab makan sampah tak patut berlaku di Malaysia

Menurut laporan New England Journal of Medicine, selepas memakannya, JC tiba-tiba jatuh sakit dan apabila dia dibawa ke hospital, suhu yang direkodkan adalah sangat tinggi dengan kadar denyutan jantung 166 denyutan seminit.

Sementara itu, Daily Star melaporkan, keadaan JC yang memburuk menyebabkan dia terpaksa dihantar ke hospital lain menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Lima jam sebelum dimasukkan ke hospital, warna kulit JC menjadi keunguan. Dia disahkan mengalami jangkitan kuman agresif yang menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan darahnya mula membeku.

"Hasil ujian darahnya mendapati, dia menghidap neisseria meningitidis iaitu sejenis penyakit sepsis yang boleh membawa maut," lapor laman itu sambil menambah jangkitan berpunca daripada air liur.

Lebih malang, JC dilaporkan tidak mendapatkan suntikan vaksin meningococcal yang sepatutnya diambil pada usia 16 tahun. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain