suria

Restoran tetapkan polisi tambahan elak penampilan menakutkan... pelanggan bertatu, sarat barang kemas dilarang masuk!

Restoran di Sydney menguatkuasakan larangan bertatu di premis.

BAGI mengelakkan penampilan yang 'menakutkan' Restoran Bedouin Double Bay di Sydney, Australia telah menguatkuasakan kod pakaian baharu.

Polisi yang ditampal di papan tanda premis itu menyatakan, pelanggan bertatu, memakai barang kemas yang sarat dan mengenakan logo pereka dilarang masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik restoran, staf tunduk mohon maaf kepada pelanggan selepas naikkan harga makanan - “Mungkin lepas ni ada yang dah tak mampu beli”

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2,000 restoran mamak terpaksa tutup kerana kekurangan pekerja

Memetik laporan 7NEWS, etika pemakaian itu juga diperluaskan kepada kakitangan restoran.

Bedouin telah menjadi tempat tinggal selebriti yang popular sejak ia dibuka tiga tahun lalu dan bintang tenis Nick Kyrgios; juri The Voice, Rita Ora; pengarah filem Thor, Taika Waititi serta pelakon Amerika Syarikat Scott Eastwood antara yang kelihatan di lokasi itu.

Pemegang lesen bersama, Poata Okeroa memaklumkan, polisi berpakaian dikenakan bagi mengelakkan penampilan yang menakutkan.

"Kami menghargai pelanggan dan pihak berkepentingan komuniti dengan melaksanakan peraturan termasuk dasar pakaian yang tidak menggalakkan penampilan yang menakutkan," ujarnya.

Walaupun kebanyakan bar dan restoran di Sydney mempunyai peraturan tentang pakaian namun kebanyakannya tidak mempunyai sebarang peraturan khusus yang berkaitan dengan tatu atau barang kemas.

Sebuah bar di Gold Coast, Burleigh Pavilion, turut mempunyai larangan terhadap mana-mana pelanggan tatu dalam usaha yang sama untuk menghalang sebarang 'penampilan yang menakutkan'. - 7news

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain