suria

Wanita gempar temui ‘hobi’ pelik suami, kumpul najis sendiri dalam balang

Seorang suami mengumpul najis sendiri di dalam balang. -gambar hiasan

MUNGKIN ramai suami isteri mempunyai rahsia daripada pasangan mereka.

Seorang isteri mendedahkan menerusi laman sosial Reddit mengenai bagaimana dia menemui koleksi peribadi suaminya yang pelik.

"Masa tu saya sedang membersihkan pantri dapur... termasuk membersihkan rak almari dan ternampak ada balang di atas.

"Saya kemudian ambil tangga dan panjat sebelum mendapati ada 14 balang yang dipenuhi dengan najis 'cirit-birit'' yang ditutup," katanya.

Kesemua balang tersebut dikatakan disusun mengukut turutan 'kepekatan', dari 'warna perang sehingga hitam pekat'.

"Baunya sangat busuk sehingga saya masih dapat merasa seperti terbakar di dalam tekak saya," katanya.

Wanita itu menyedari suaminya menghidap sindrom kerengsaan usus (IBS), satu keadaan yang menjejaskan sistem pencernaan mengakibatkan gejala seperti kekejangan perut, kembung perut, cirit-birit dan sembelit.

Bagaimanapun, dia tergamam kerana tindakan suaminya yang membuang air besar di dalam balang. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain