suria

Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19

Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19. foto AP

RATU Elizabeth II disahkan positif Covid-19 dan mengalami gejala.

Perkara itu disahkan oleh Istana Buckingham, United Kingdom.

Ratu berusia 95 tahun itu dikatakan mengalami gejala ringan dan meneruskan tugas dirajanya dengan pengasingan diri di Istana Windsor.

Keadaan baginda dipantau dengan teliti selepas Putera Charles dijangkiti virus itu, hanya beberapa hari kedua-dua mereja menjadi kontak rapat, awal bulan ini.

Pada masa itu, Istana Buckingham enggan mengesahkan keputusan ujian baginda, yang boleh mempengaruhi kesihatannya.

Bagaimanapun, sumber istana mendakwa baginda tidak menunjukkan simptom.

Doktor istana melakukan ujian ke atas Ratu Elizabeth II secara kerap sejak puteranya disahkan positif dan baginda kini menunjukkan gejala ringan.

Difahamkan, baginda pernah berhubung dengan Putera Wales beberapa kali sebelum dikehendaki melakukan pengasingan diri pada 10 Februari lalu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain