suria

Pelajar kena ‘tendang’ dari universiti selepas kantoi berlakon filem lucah

Gina ditendang dari universiti selepas penggodam membocorkan pita seksnya dalam talian. Foto: instagram valentina_ginagerson_official

SEORANG pelajar wanita ditendang dari universiti selepas penggodam membocorkan pita seksnya dalam talian.

Sebelum berkecimpung sebagai pelakon filem lucah, Gina Gerson dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin di Serbia.

Dia berjaya menyambung pengajian di sebuah universiti di Rusia.

Bagaimanapun ketika masih bergelar seorang pelajar, Gina yang juga seorang model terjebak dengan dunia filem 'dewasa' dan menikmati kemasyhuran dek kerjayanya itu.

Mempunyai lebih 150,000 pengikut di Instagram, Gina pernah terlibat melakonkan adegan lucah bersama syarikat produksi profesional, serta sering berkongsi kandungan 'dewasa' dengan pelayar akaun OnlyFans miliknya.

"Pihak universiti menghalau saya... Saya tidak tahu dari mana ia (pita rakaman) bocor tetapi bahan tersebut telah dimuat naik ke laman web universiti.

"Bayangkan semua pensyarah dan pelajar yang melayari web universiti tetapi terpampang gambar bogel saya," jelasnya dalam satu wawancara.

Gina seterusnya berkongsi cerita bagaimana juruteknik bergelut untuk membetulkan web universiti selama 'dua hari'.

Malah ujarnya, rakaman turut dikongsi di laman web sekolah lamanya di Serbia.

Bagaimanapun Gina mengakui dia tidak berasa malu sebaliknya gembira apabila dia akhirnya tidak lagi perlu menyembunyikan 'kerjaya' rahsianya itu.- Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain