suria

Penumpang buat hal cuba ceroboh kokpit, pesawat terpaksa lakukan pendaratan cemas

Situasi kecoh dalam pesawat American Airlines apabila seorang penumpang cuba menceroboh kokpit dan membuka pintu pesawat. Foto: Twitter/AFP

SEBUAH pesawat American Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Kansas, Amerika Syarikat pada Ahad selepas seorang penumpang mencetuskan kekecohan ketika dalam penerbangan.

Laporan menyatakan penumpang lelaki itu cuba menyerbu ke dalam kokpit dan juga cuba membuka pintu pesawat ketika ia sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Los Angeles ke Lapangan Terbang Ronald Reagan.

Kru kapal terbang dan penumpang lain berjaya menghalang lelaki berkenaan, kata syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan.

Penumpang memuat naik video suasana kecoh di dalam penerbangan tersebut dan rakaman itu tersebar di media sosial.

Biro Siasatan Persekutuan mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut biro berkenaan, penumpang lelaki tersebut telah ditahan dan siasatan mengenai insiden itu masih berterusan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain