suria

Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

Dalam ucapannya, Putin mendakwa mahu membela orang menderita penganiayaan oleh rejim Kyiv. Foto: Sergei GuneyevTASS via Getty Images.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin melancarkan "operasi ketenteraan khas" di Ukraine, satu langkah yang disusuli dengan laporan letupan di sekitar bandar, termasuk Kharkiv di timur Ukraine, dan ibu negara, Kyiv.

Menteri Luar Ukraine juga mengesahkan bahawa Putin baru sahaja melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Putin tersungkur di gelanggang hoki ais, visual dirakam pantas tular

Percubaan Putin untuk 'melukis' semula peta Eropah boleh membawa kepada konflik paling dahsyat di benua itu sejak Perang Dunia II.

Ia boleh mengorbankan ribuan nyawa orang awam dan mewujudkan ratusan ribu pelarian yang melarikan diri dari keganasan di Ukraine.

Pengisytiharan Putin dibuat semasa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sesi khas di New York mengenai krisis Ukraine, dan pengeboman bermula tidak lama selepas itu, menurut beberapa laporan berita.

Dalam ucapannya, Putin mendakwa "untuk membela orang yang selama lapan tahun menderita penganiayaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Kyiv," merujuk kepada dakwaan palsu mengenai kerajaan di Ukraine.

Dia turut menuntut Ukraine meletakkan senjatanya atau "bertanggungjawab atas pertumpahan darah."

Ketegangan terhadap Ukraine telah memuncak sejak berbulan-bulan dan mula meruncing minggu ini.

Isnin lalu, Putin menyampaikan ucapan selama sejam yang pada dasarnya menafikan kenegaraan Ukraine. - Vox

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain