JIJIK! Itu yang digambar terhadap tindakan seorang peguam yang menyuntik darahnya sendiri ke dalam paket makanan di beberapa pasar raya di Jalan Fulham Palace di London, England. Tindakannya menyebabkan kerugian dianggarkan £500,000 (RM2.8 juta) ke atas Sainsbury's Local, Tesco Express dan Little Waitrose yang terpaksa membuang semua produk mereka sebagai langkah berjaga-jaga. ARTIKEL BERKAITAN: Ikan jadi gila, cepat mati...jualan akuarium mangkuk dihentikan ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Lincah bergayut macam Spider-Man, tetamu tak sangka pemuda sibuk ambil gambar majlis selama 5 jam rupa-rupanya ‘encik tunang’...jimat kos! Lebih menyeramkan apabila Leoaai Elghareeb, 37, turut melemparkan picagari yang digunakan ke arah seorang doktor di lokasi kejadian. Difahamkan, dia yang mengalami masalah mental, merayau-rayau di sekitar jalan dengan membawa picagari sebelum menyuntik darahnya ke dalam produk makanan yang dijual. Peguam itu turut membaling picagari yang digunakan ke arah doktor. - Central News. Kejadian di tiga pasar raya itu berlaku pada 25 Ogos tahun lalu. Dia bagaimanapun menafikan tiga pertuduhan mencemarkan barangan dan dua tuduhan menyerang orang awam. Juri di Mahkamah Isleworth akan mempertimbangkan keputusan yang telah dibuat Hakim Alistair Hammerton. - The sun Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI