suria

Gempar kanak-kanak 2 tahun ditinggal sendirian, bergelap di taska

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditinggalkan bersendirian di taska. foto FB Plantation KinderCare

SEORANG ibu digemparkan dengan anak perempuannya ditinggalkan bersendirian di dalam taska.

Ketika kejadian, Stephanie Martinez mahu menjemput anaknya berusia dua tahun, Anastasia dari sebuah taska di Florida di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, pintu berkunci dan lampu dimatikan sebaik dia tiba di taska berkenaan.

Dia kemudian menghubungi ibu saudara Anastacia, Samantha Scaramellino yang memberitahu dia tidak menjemput kanak-kanak itu.

"Saya mula ketuk, mengetuk setiap tingkap. Saya tak dapat melihat apa-apa kerana semuanya gelap.

"A​​​​​khirnya, saya dapat mendengar suara anak dan dia muncul di tingkap kecil," katanya.

Stephanie terpaksa menghubungi bomba bagi membantu mengeluarkan anaknya berikutan tidak dapat menghubungi mana-mana pihak taska.

Wanita itu mendapati dua pekerja taska telah meninggalkan premis pada pukul 6.20 petang, kira-kira lapan minit sebelum ketibaannya.

Susulan kejadian itu, kedua-dua pekerja terbabit digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Taska berkenaan dalam satu kenyataan berkata: "Tiada apa yang lebih penting bagi kami daripada keselamatan kanak-kanak dalam jagaan kami.

"Walaupun kami bersyukur kanak-kanak itu segera ditemui dan selamat, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku."

Dalam pada itu, peguam Stephanie, Mark DiCowden mengesahkan anak guamnya memfailkan saman terhadap syarikat itu bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain