SEORANG ratu cantik maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium tujuh tingkat di Miami, kata pihak berkuasa. Dalam satu kejadian tragis pada 10 Februari lalu, Zoe Sozo Bethel, 27, yang juga Ratu Cantik Alabama (Miss Alabama) dilaporkan cuba membunuh diri. Dia mengalami kecederaan parah sehingga koma, sebelum meninggal dunia pada 18 Februari. Ahli keluarga Zoe mengumumkan berita kematiannya di media sosial dalam hantaran yang penuh emosi dan menyifatkan mendiang terlibat dalam 'kemalangan pada 10 Februari.' "Pada waktu duka ini, hanya doa dipohon dan keluarga meminta agar privasi mereka dihormati. "Ahli keluarga sangat menghargai semua kata-kata yang baik dan ucapan sayang untuk Zoe," tulis keluarganya. Mereka bagaimanapun tidak menyatakan 'kemalangan' yang menimpa Zoe dalam perkongsian berkenaan. Jurucakap Jabatan Polis Miami mengesahkan kepada Mail Online bahawa kejadian itu dianggap sebagai cubaan membunuh diri. Untuk rekod, Zoe dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Alabama 2021. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI