VISUAL memaparkan ribuan bangkai ikan yang terdampar di sebuah pantai menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat. Menurut seorang wanita, dia dan anaknya berjalan di Pantai Coliumo, Chile pada Sabtu pagi sebelum menyedari kehadiran ribuan bangkai ikan di kawasan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar ikan gergasi seperti ‘alien’ terdampar di pantai Kisah penemuan itu turut dikongsi secara meluas ke media sosial sehingga menjadi perbualan orang ramai. Perkhidmatan Pertanian dan Perikanan Kebangsaan (Sernapesca) menghantar sepasukan pakar untuk menyiasat punca sebenar kejadian tersebut. Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya di negara itu. Tahun lalu, ribuan bangkai ikan turut ditemui terdampar di wilayah Biobio. Pada waktu itu, Sernapesca merumuskan bahawa faktor kekurangan oksigen dalam air menjadi punca utama kematian ikan di kawasan tersebut. Sebelum ini, kejadian sama juga pernah berlaku di perairan Mexico. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI