SEORANG banduan berjaya mencetuskan kemarahan orang awam apabila sel penjara yang didudukinya menyerupai bilik hotel. Malah, menerusi rakaman video, dia menunjukkan beberapa perabot dan perhiasan mewah di samping gadjet serta televisyen skrin rata (flat-screen), bagaimanapun wajahnya ditutup dengan emoticon smiley. ARTIKEL BERKAITAN: Guru berdepan penjara 41 tahun, atas pelbagai tuduhan termasuk beri pelajar kek cawan dicampur air mani suami ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali masuk penjara, lelaki bertatu enggan ulangi kesilapan... dulu semua dicuri, kini nak cari rezeki sebagai hair stylist - “Hidup saya memang rabak” Biliknya juga dilengkapi pendingin hawa, sistem penbesar suara, telefon talian tetap dan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit di sebelah katilnya. Lebih mencetuskan kemarahan orang awam apabila, dia menggelar gaya hidupnya sebagai HMP livin di samping kata-kata 'sel penjara kelihatan seperti bilik hotel'. Ekoran itu, video yang dimuat naik di TikToknya itu menjadi tular dan ditonton lebih sejuta pelayar media sosial dalam tempoh hanya beberapa hari selain berjaya mendapat 5,500 pengikut di lamat itu dan 42,000 tanda suka. Tindakannya itu juga mengundang kemarahan pembayar cukai di negara tersebut. TV dan perabot mewah ditayang dalam video TikTok. Ibu kepada tiga cahaya mata yang dikenali sebagai Crystal Jayne berkata, dia tidur di atas lantai untuk memberi ruang kepada anak-anaknya. "Fikirkan saya mungkin melanggar undang-undang untuk katil yang selesa dan mendamaikan." Charlotte Holland pula berkata, "Tidak percaya saya membayar cukai untuk perkara ini." Dan Rebecca Peach menambah: "Itu sangat menyedihkan kerana abang saya hidup seperti ini dalam kehidupan yang disokong. Dan dia mati seorang diri dan tiada siapa yang menyedarinya.” - Star daily Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI