suria

Gempa bumi Sumbar ragut 5 nyawa, termasuk 3 maut dihempap runtuhan

Gempa bumi di Sumatera Barat Indonesia mengakibatkan lima maut.

SUSULAN gempa bumi di Sumatera Barat Indonesia awal pagi Jumaat, lima orang awam telah dilaporkan meninggal dunia.

Difahamkan, tiga daripadanya ditemukan di bawah runtuhan bangunan di Tigo Nagari.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 6.1 magnitud landa Indonesia... Malaysia terkena tempias

ARTIKEL BERKAITAN: “Bergegar atas katil, terfikir apa jiran buat rupa-rupanya...” - Kecoh gegaran di merata tempat, ramai kongsi pengalaman tempias gempa bumi Indonesia

Menurut Ketua Badan Darurat dan Logistik Sumbar, Rumainur, dua daripada mangsa korban berasal dari Nagari Kajai daerah Talamau.

"Pada masa ini, pihak terlibat sedang melaksanakan operasi penyelamatan dan mengumpul data," katanya.

Terdahulu, dua gempa bumi dilaporkan berlaku di Sumatera Barat pada awal pagi Jumaat.

Sebuah sekolah di Sumatera Barat ranap akibat gempa yang berlaku.

Sebuah sekolah di Sumatera Barat ranap akibat gempa yang berlaku.

Gempa bumi pertama berkekuatan 5.2 skala ritcher berlaku pada pukul 8.35 pagi manakala kejadian kedua berlaku pada pukul 8.39 pagi dengan magnitud 6.1.

Bagaimanapun, gempa yang berlaku itu tidak berpotensi mewujudkan tsunami. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain