SEEKOR anjing yang mukanya separuh hancur, berpeluang menikmati kasih sayang apabila ia diambil sebagai haiwan peliharaan. Haddie atau lebih dikenali sebagai anjing lanun kerana bermata satu kehilangan separuh mukanya selepas dijadikan umpan bagi operasi melatih anjing pengawal yang dilakukan secara haram. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi kisah anjing jalanan berubah manja selepas kaki dirawat, rupa-rupanya ada sebab suka rakam banyak video ARTIKEL BERKAITAN: Anjing peliharaan tunggu depan bilik Julia Farhana bukan jenis air liur meleleh Ekoran daripada serangan tersebut, kulit mukanya mereput dan jatuh selain banyak daging muka yang perlu dibuang sehingga tinggal sebelah mata. Bagaimanapun, keunikannya itu menarik perhatian Erin Williams, 36, yang kini menjaganya di Washington Amerika Syarikat. Haddie hanya mempunyai satu mata. Menurut Erin, dia menemukan Haddie di portal haiwan peliharaan, petfinder.com pada Ogos 2020. "Dia diselamatkan daripada operasi tersebut oleh seorang Samaritan yang kemudian membawanya ke Mutt Scouts, California. "Doktor menyatakan yang Haddie berkemungkinan diserang tanpa henti," katanya. Erin memberitahu, dia juga sedang membantu Haddie menjadi berani dan kembali bermain di taman bersama anjing yang lain. "Pada masa ini, Haddie sangat takut dengan bunyi salakan dan dia akan menggigil," katanya. - mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI