suria

Rumah berhantu! Penyewa perlu diberitahu elak alami tekanan sosial

Alan turut memburu hantu di masa lapangnya.

PENYEWA perlu dimaklumkan jika rumah yang dihuni berhantu!

Ini kerana, kata peguam percukaian yang juga pemburu hantu Alan Murdie, pihak perbandaran tidak akan mendengar dan menerima aduan berkaitan makhluk halus atau aktiviti paranormal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa macam nak pengsan” - Hampir 2 tahun terkandas di luar negara, selepas pulang wanita tergamam tengok kediaman jadi ‘rumah hantu’

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami yang kacau kawasan dia” - Rumah 9 bilik ada ‘penghuni asing’, gangguan bermula selepas pembeli abai pesanan owner lama

Berpusat di Kensington, barat London, Alan memaklumkan dua laporan telah direkodkannya dalam tempoh lima tahun.

"Apabila mangsa membuat laporan, ia membuktikan mereka sedang mengalami tekanan sosial. Masalah perumahan dan gelandangan pada masa ini adalah yang paling teruk dalam tempoh 30 tahun.

"Dan saya tidak terkejut jika masalah seperti itu berpunca daripada aktiviti paranormal," jelasnya sambil menambah 'penampakan' hantu mungkin menunjukkan masalah struktur dalaman perumahan, keadaan iklim yang melampau atau disebabkan pengambilan ubat.

Malah, bagi membantu warganya, Alan telah menulis buku mengenai lokasi berhantu di seluruh United Kingdom.

Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkannya tidak mendapat komen lanjut daripada pihak berkaitan. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain