TIADA kata dapat menggambarkan betapa luluhnya hati ahli keluarga apabila mengenangkan si kecil berusia enam tahun yang menjadi mangsa serangan seksual. Menerusi kes yang dilaporkan di Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia, seorang pengurus yayasan didakwa meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Duda 56 tahun mati, kena serangan jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung bersaiz manusia Ketua Siasatan Jenayah Polis Kubu Raya, AKP Jatmiko berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa dan ketika ini kes masih dalam siasatan. “Ketika ini siasatan kes sedang dijalankan untuk menyiasat pelaku liwat tersebut,” kata Jatmiko kepada wartawan pada Jumaat malam. "Kami masih melakukan siasatan. Kami tidak boleh sewenang-wenangnya menetapkan pelaku yang didakwa sebagai suspek," kata Jatmiko. Dalam pada itu, Jatmiko meminta keluarga mangsa bersabar sementara menunggu siasatan polis. “Setiap perkembangan kes akan dimaklumkan kepada keluarga pengadu,” katanya. Menurut keluarga, kes dakwaan serangan seksual terbongkar selepas mangsa mengadu sakit selepas membuang air besar. Ketika ditanya, mangsa mengakui pernah empat kali dicabul ketika masih di sekolah. Keluarga tersebut membuat laporan polis pada Jumaat lalu. - Kompas.com. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI