suria

Pasangan suami isteri tuntut duit tiket pertunjukan di England, salahkan konflik Rusia dan Ukraine

Kelab Blackpool terletak 1,300 batu dari kawasan perang Ukrain dan Rusia.

SEPASANG suami isteri British menjadikan perang Rusia dan Ukraine sebagai alasan untuk menuntut duit bayaran tiket selepas tidak dapat menghadiri pertunjukan komedi di Blackpool Lancashire, England.

Difahamkan, selepas pihak kelab enggan menawarkan bayaran balik, wanita itu didakwa mengeluarkan kata-kata kesat.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat filem ada duit! Nak bagi pelakon makan minta orang kampung? Ini jawab pengarah

ARTIKEL BERKAITAN: Comel, geram! Anak buat hal nak ‘berkampung’ di rumah jiran, selamba minta dihidang air ala tetamu - “Dah kena halau tu cepat balik”

Menceritakan kejadian itu, kakitangan di Kelab Komedi Stesen Komedi di Blackpool, Lancs berkata, mereka tidak percaya apabila pasangan itu cuba menggunakan konflik maut sejauh 1,300 batu sebagai alasan untuk mendapatkan kembali duit tiket.

Malah katanya, isteri kepada pasangan yang tidak berpuas hati itu telah menghantar emel kepada kelab mendakwa 'terlalu bahaya untuk mereka pergi dari Hull ke Blackpool bagi menyaksikan pertunjukan pada hari Sabtu.

Pasangan suami isteri menyatakan bahaya untuk mereka pergi ke Lancashire bagi menonton komedi.

Pasangan suami isteri menyatakan bahaya untuk mereka pergi ke Lancashire bagi menonton komedi.

Sementara itu, pengurus kelab, Ryan Gleeson memberitahu, dia mengekalkan keputusan kakitangannya untuk tidak menawarkan bayaran balik.

"Seperti yang kami sedia maklum, Rusia belum lagi menyerang Hull," tegasnya.

Terdahulu, Gleeson yang menasihati kakitangannya supaya tidak meneruskan perbualan dan memberikan alamat emel wanita tersebut.

"Sejak menamatkan perbualan, wanita berkenaan telah menghantar 17 mesej dengan menyalahkan tindakan Rob.

"Ia sama sekali tidak boleh diterima," katanya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain