suria

Tujuh tahun hilang, kucing berjalan kira-kira 2,000km batu cari tuan

Ebi akhirnya kembali bersama Joe selepas tujuh tahun terpisah.

SEEKOR kucing yang hilang kira-kira tujuh tahun lalu kembali bersama pemiliknya yang tinggal kira-kira 2,000km dari tempat dia dijumpai.

Pertemuan itu berlaku selepas kucing yang dikenali sebagai Ebi mendapat bantuan daripada orang awam yang sanggup membelanjakan duit sendiri bagi membawanya bertemu dengan pemilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing diberi nama Money diajar hidup mewah, pakai rantai emas bernilai RM25,980 - “Hari-hari sebut, duit pun datang kat kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tawar RM10,000 tak kisah hidup atau mati, kucing jalanan hilang ditemui tapi apa yang berlaku memang tak disangka... bertuah Tekka!

Menurut Joe yang juga pemiliknya, dia dan Leanna Drnec mula memelihara Ebi pada 2015 ketika mereka tinggal di California.

"Ebi telah dipasangkan mikrochip. Bagaimanapun, selepas berpindah beberapa kali, haiwan kesayangan kami ini hilang.

"Kami benar-benar berharap dan berdoa agar dia mendapat rumah yang baik," katanya.

Joe (kanan) gembira apabila menerima panggilan telefon daripada pusat perlindungan haiwan.

Joe (kanan) gembira apabila menerima panggilan telefon daripada pusat perlindungan haiwan.

Joe yang gembira apabila menerima panggilan telefon dari pusat perlindungan haiwan awam di Lembah Jurupa, California, memaklumkan, Ebi ditemukan di lokasi terakhir dia melihatnya.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Haiwan Riverside Country John Welsh berkata Ebi diserahkan di tempat perlindungannya kerana sesat, dan imbasan cip mikronya telah membawa mereka ke Drnecs.

Ekoran itu, John membawa Ebi lebih daripada 2,000 batu ke Knoxville untuk bertemu Joe dan Drnecs. - Star daily

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain