suria

Tawaran tak masuk akal, model sanggup ‘gadai’ tubuh kepada askar Rusia jika mereka langgar arahan Putin - “Jangan serang Ukraine”

Dia mengeluarkan kenyataan itu sebagai cara untuk meminta tentera Rusia agar berhenti menyerang Ukraine. Foto: EyePress News/REX/Shutterstock.

SERANGAN Rusia ke atas Ukraine masih belum berkesudahan, sekaligus menimbulkan kebimbangan masyarakat global.

Dalam situasi getir itu, muncul seorang wanita yang membuat tawaran tidak masuk akal kepada tentera Rusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi negara tercinta, bekas ratu cantik Ukraine sanggup sertai pasukan tentera... mahu lawan Rusia

Menurut model yang menggunakan nama Bad Kitty atau Lilly Summers, dia sanggup melakukan hubungan terlarang dengan tentera Rusia sekiranya mereka melanggar arahan presiden negara itu, Vladimir Putin.

Model itu mengeluarkan kenyataan berkenaan sebagai salah satu cara untuk meminta tentera Rusia agar berhenti menyerang Ukraine.

"Saya akan melakukan hubungan seks dengan setiap askar Rusia jika mereka sanggup meletakkan senjata dan menentang Vladimir Putin dan menghentikan serangan ke atas Ukraine," ujarnya.

Dalam posting di media sosial miliknya, dia turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #StandWithUkraine dan #PeaceforUkraine.

Khamis lalu, Putin melancarkan "operasi ketenteraan khas" di Ukraine.

Ketegangan terhadap Ukraine telah memuncak sejak berbulan-bulan dan mula meruncing minggu lalu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain