SEORANG petani warga Ukraine menjadi tular di media sosial selepas dilihat mencuri sebuah kereta kebal Rusia menggunakan traktor. Tindakan yang disifatkan melucukan itu meraih perhatian ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, pada masa ini. ARTIKEL BERKAITAN: Konvoi tentera Rusia sejauh 64km, bangunan terbakar dikesan... Putin terus misi tawan Kyiv? ARTIKEL BERKAITAN: Tentera Rusia dirakam angkut bom 'thermobaric' ke Ukraine, benarkah ia senjata perang paling menakutkan di dunia? Menerusi satu perkongsian, ia turut diulang kicau oleh Ahli Parlimen Ukraine, Lesia Vasylenko di laman Twitter. "Sedikit jenaka sebelum rundingan paling sukar: petani mencuri kereta kebal. "Besi buruk amat bernilai di Ukraine, jadi orang ramai sangat teruja dengan semua wang yang mereka boleh dapat dengan mendapatkan senjata musuh #LoveUkraine," tulis Vasylenko. Kereta kebal tersebut dianggap sebagai MT-LB Rusia, merupakan kenderaan berperisai tambahan amfibia serba guna era Soviet, yang diperkenalkan pada 1950-an. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Ukraine pada Ahad berkata, seramai 352 orang awam, termasuk 14 kanak-kanak maut sejak awal pencerobohan Rusia ke atas negara itu. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI