suria

Isteri jadi saksi, suami tergamak rogol anak kandung sendiri... siap ugut dengan parang

Selain diperkosa, anaknya turut diugut dengan senjata tajam jika enggan melayani permintaan lelaki tersebut.

SEORANG bapa didakwa merogol anak kandungnya sendiri di Kota Depok, Indonesia.

Ibu mangsa berkata, keganasan seksual melibatkan anak sulungnya yang masih menuntut di tahun empat di sekolah rendah itu berlaku sejak tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Wanita 87 tahun terlantar di katil dirogol

Wanita itu membuat pendedahan kepada pemberita pada Isnin.

Selain diperkosa, anaknya turut diugut dengan senjata tajam jika enggan melayani permintaan lelaki tersebut.

"Dia berkata dia diugut dengan parang dan pisau serta diugut bahawa adik beradik yang lain akan dibunuh jika dia tidak melayan bapanya," dakwa wanita itu.

Tambahnya, dia pada 24 Februari lalu berjaya menangkap suaminya selepas dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Saya tidak menyaksikan (persetubuhan), tetapi saya menangkap suami saya pada 24 Februari 2022 ketika dia menumpang di rumah ibu bapa saya.

"Pukul empat pagi saya tersedar, suami saya tiada di sana. Ketika saya melihatnya, ternyata dia (suami) sedang memegang kemaluan anak kami.

"Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri," dakwa wanita itu lagi. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain