suria

Temui bilik rahsia, wanita terkejut ratusan surat cinta penuh kotak

Dianggarkan 100 surat cinta di dalam kotak.

SEORANG wanita terkejut selepas menemui bilik rahsia yang dipenuhi dengan surat cinta di bahagian loteng rumahnya.

Menurut Anna Prillaman, dia tidak mengetahui wujud bilik rahsia sehinggalah menemui panel pintu semasa membersikan loteng di rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun hilang, kucing berjalan kira-kira 2,000km batu cari tuan

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri tuntut duit tiket pertunjukan di England, salahkan konflik Rusia dan Ukraine

Ujarnya, pintu tersebut tidak berkunci namun diikat dengan selak bagi mengelakkannya terbuka.

Katanya, selepas membuka pintu tersebut dia mendapati terdapat ratusan surat cinta yang ditulis kepada seorang wanita bernama Betty Sue.

Kerana ingin mengetahui pemilik nama Betty Sue dan Vance yang tercatat dalam surat cinta itu, Anna berkata, dia kemudian memuat naik gambar surat berkenaan ke laman sesawang.

Anna membaca surat cinta yang djumpainya.

Anna membaca surat cinta yang djumpainya.

"Tidak lama kemudian, seorang lelaki muda bernama Dalton Long yang tinggal di Portland, Oregon tampil mengesahkan bahawa dia mengenali pasangan itu dan mengatakan bahawa kedua-duanya adalah datuk serta neneknya," ujar Anna.

Munurutnya lagi, surat cinta yang ditulis juga menggunakan ayat yang betul dari segi tatabahasa.

"Salah satunya tertulis 'Hi Honey. How is my baby getting along? When we’re not together I know just the right words that I would use in telling you everything. But when we’re together all I can think of is ‘I love you. Vance'," ceritanya lanjut. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain