suria

Layanan penduduk Ukraine buat tentera Rusia menangis, bukan saja diberi makanan tapi pinjamkan handphone untuk hubungi keluarga!

Video memaparkan seorang tentera Rusia menangis meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan di Twitter.

KETIKA pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine berterusan sejak seminggu yang lalu, terdapat laporan yang mendedahkan segelintir tentera Rusia bertindak 'melanggar arahan' dengan mensabotaj kenderaan perisai milik mereka sendiri.

Klip radio yang berjaya dipintas oleh firma perisikan British didakwa 'menangkap' imej beberapa tentera Rusia menangis dan mengadu kekurangan bekalan.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang tentera Rusia menangis kerana menerima layanan baik daripada warga Ukraine.

Dalam video itu, tentera tersebut dilihat menghirup teh panas dan menjamah roti sambil dikelilingi beberapa penduduk Ukraine, dengan salah seorang daripada mereka sedang memegang telefon bimbit.

Menurut kapsyen video yang dimuat naik di akaun Twitter pelayar bernama Christopher Miller, wanita Ukraine itu membantu tentera Rusia berkenaan membuat panggilan video kepada ibunya untuk memberitahu perkembangannya.

Dalam masa yang sama, kedengaran suara seorang lelaki bertutur dalam bahasa Ukraine dengan mengatakan bahawa tentera Rusia itu sendiri 'tidak tahu mengapa mereka berada di sini' dan 'apa yang berlaku bukan salah mereka'.

Sehingga kini video tersebut mencatat lebih 1.3 juta tontonan di Twitter. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain