suria

Zon larangan terbang di Ukraine boleh cetus Perang Dunia Ketiga, serangan nuklear

Bangunan yang musnah akibat serangan peluru berpandu Rusia di Kharkiv, Ukraine. foto Reuters

MENGUATKUASAKAN zon larangan terbang di ruang udara Ukraine boleh mencetuskan 'perang dunia ketiga' dan juga serangan nuklear, kata seorang jeneral tertinggi dan setiausaha pertahanan United Kingdom (UK),

Menteri kabinet UK, Ben Wallace mempertahankan keputusan UK untuk tidak menghalang jet Rusia melakukan serangan udara ke atas orang awam Ukraine.

Sambil membayangkan kemungkinan berlaku serangan nuklear, beliau mengingatkan bahawa Rusia adalah 'kuasa bersenjata nuklear' yang 'seolah-olah tiada had', dan dengan tegas berkata, Kremlin 'mungkin melihat peningkatan dalam semua cara'.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvoi tentera Rusia sejauh 64km, bangunan terbakar dikesan... Putin terus misi tawan Kyiv?

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera Rusia dirakam angkut bom ‘thermobaric’ ke Ukraine, benarkah ia senjata perang paling menakutkan di dunia?

Sementara itu, bekas timbalan komander tertinggi sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Jeneral Sir Adrian Bradshaw pula berkata, keadaan itu akan membawa kepada 'perang dunia ketiga dalam mana-mana bahasa'.

Bercakap kepada program BBC Radio, 4's Today, beliau berkata: "Ini bukan seperti Iraq; kita menentang musuh yang canggih dengan aset pertahanan udara yang sangat berkebolehan.

"Ini menjadi perjuangan antara pasukan Nato dan tentera Rusia, di darat, mungkin dari laut, di udara, dalam domain angkasa, dalam domain maklumat dan dalam domain siber.

"Ini adalah perang. Ia berjumlah sehingga 30 negara menentang Rusia," katanya.

Perkembangan itu susulan Ukraine meminta untuk zon larangan terbang di negara itu.

Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, UK harus menyertai usaha menentang Rusia. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain