suria

Motosikal ditendang, gadis diheret ke hutan nyaris dirogol 2 lelaki

Seorang pelajar perempuan nyaris menjadi mangsa rogol. -gambar hiasan

SEORANG pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Mimika, Papua di Indonesia nyaris menjadi mangsa rogol.

Dalam satu kejadian, mangsa diekori, diheret ke dalam hutan dan nyaris dirogol oleh dua lelaki di Jalan SP 9, Kampung Wangirja di daerah Iwaka.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Mimika, Iptu Bertu Haridyka Eka Anwar berkata, ketika kejadian pada Jumaat, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan dari SP 7 ke sekolah.

Mangsa kemudian melalui jalan pintas untuk menjimatkan masa.

"Namun ketika melalui Jalan SP 9, mangsa menyedari terdapat penunggang motosikal lain mengekorinya dari belakang.

Mangsa bertindak memecut motosikalnya, namun suspek terus mengejarnya.

Suspek kemudian menendang motosikal yang ditunggang mangsa menyebabkannya terjatuh, sebelum mengheretnya ke dalam hutan.

Jerita mangsa bagaimanapun didengari penduduk kampung, yang bergegas ke lokasi kejadian.

Polis menahan salah seorang suspek, sementara seorang lagi suspek melarikan diri.

Berdasarkan maklumat, suspek mengaku sempat mengambil minuman keras bersama suspek kedua. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain