GARA-GARA terlalu obses, seorang pemuda bersembunyi di loteng kediaman yang didiami seorang wanita kerana mahu merakam aksi 'mangsanya' ketika sedang tidur. Mauricio Damian Guerrero, 20, dilaporkan mula obses terhadap wanita berusia 24 tahun itu selepas mereka bertemu di laman sosial OnlyFans. Guerrero dari Pennsylvania juga berjaya memperoleh kunci rumah wanita tersebut dan membuat kunci pendua bagi membolehkannya akses ke dalam kediaman tersebut yang terletak di New Hampshire, pada bila-bila masa yang disukainya. Dia kemudian bersembunyi di loteng dan menunggu wanita itu tertidur, sebelum keluar dari tempat tersebut untuk merakamnya. Kegiatan tidak senonoh Guerrero terbongkar selepas ibu wanita berkenaan terdengar bunyi aneh yang datang dari loteng. Guerrero kemudian ditahan selepas cubaanya memanjat keluar dari loteng untuk tembus ke bumbung, pada 9 Februari lalu. Menurut dokumen mahkamah, dia telah memasuki rumah wanita itu sekurang-kurangnya empat kali. - Metro.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI