suria

Dilamar kembar 3, lelaki ini akui tak mampu menolak... teruskan perkahwinan walau ditentang ibu bapa

Luwizo dan tiga isterinya diraikan dalam satu majlis istimewa di bahagian timur Republik Demokratik Congo.

SEORANG lelaki dari Republik Demokratik Congo mengahwini kembar tiga pada hari yang sama selepas ketiga-tiga wanita itu melamarnya secara serentak.

Luwizo, 32, berkahwin dengan kembar tiga - Nadege, Natasha, dan Natalie, dalam sebuah majlis perkahwinan istimewa di bahagian timur republik berkenaan.

Untuk rekod, warganegara berkenaan bebas dari segi undang-undang untuk berkahwin lebih daripada seorang.

Luwizo berkata dia tidak mampu menolak apabila kembar berkenaan melamarnya.

"Saya wajar mengahwini mereka kerana mereka adalah kembar tiga. Ia bukan satu keputusan yang mudah kerana sehingga kini, ibu bapa saya tidak faham apa yang saya lakukan.

"Namun saya gembira dapat mengahwini kembar tiga tanpa mengira apa yang orang lain fikirkan.

"Ibu bapa saya menentang keputusan ini dan disebabkan itu mereka tidak menghadiri majlis perkahwinan saya. Tetapi apa yang boleh saya katakan, cinta tiada had," tambahnya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain