suria

Baru 2 bulan kahwin, suami selamba buang tampon milik isteri... alasannya tak suka!

Seorang lelaki tidak menyukai isterinya memakai tampon. foto RELAXNEWS

SEORANG wanita berusia 27 tahun berang apabila suaminya bertindak membuang sekotak tampon miliknya, gara-gara tidak selesa melihatnya.

Atas faktor perubatan, isteri berkenaan mendakwa dia baru mula menggunakan tampon, berbanding penggunaan tuala wanita sebelum ini.

Dia kini mendapati tampon '10 kali lebih baik' untuk digunakan, terutama ketika keluar bekerja atau mengembara.

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik gambar bogel dengan tali tampon terjuntai, selebriti media sosial teruk dikecam pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meraung kekasih 'gila like' gosok cili pada tampon yang dipakainya

Bagaimanapun, suaminya, Ryan berusia 30 tahun membenci tampon dan tidak suka isterinya menggunakannya.

Pasangan itu telah bersama selama tiga tahun dan baru berkahwin sejak dua bulan lalu.

Pada mulanya, wanita itu tidak menyangka kebencian suaminya terhadap tampon sebagai sesuatu yang sangat serius.

Namun, dia kemudian menyifatkan reaksi suaminya adalah keterlaluan.

Wanita berkenaan meluahkan mengenai perkara tersebut menerusi laman sosial Reddit. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain