POLIS Kebumen, Jawa Tengah di Indonesia, memberi hadiah kepada pengguna jalan raya yang berhemah sepanjang Operasi Keselamatan Lalu Lintas (OKLC) 2022. Jika sebelum ini diberikan pek nasi, anggota Polis Kebumen kali ini memberi minyak masak kepada pemandu yang berhemah. Dalam OKLC yang diadakan di hadapan Ketua Unit Trafik Polres Kebumen pada Isnin, para pengguna jalan raya nampak gembira setelah mendapat bungkusan berisi minyak masak. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini 'rentas negeri' tanpa roadblock... dapur di KL, ruang tamu di Selangor - "Majlis kahwin kena pacak bunga manggar sepanjang jalan" "Alhamdulillah ada minyak masak. Saya cari-cari tak jumpa, sebaliknya diberikan di sini," kata seorang pengguna jalan raya ketika diperiksa dalam operasi itu. Ketua perhubungan awam polis, AKP Tugiman berkata, hadiah yang diagihkan itu sebagai ganjaran kerana pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas. "Penduduk yang berhemah, kami berikan hadiah. Di dalam bungkusan itu ada keperluan asas termasuk minyak masak," kata Tugiman dalam kenyataan media, pada Isnin. Selain keperluan asas, kanak-kanak turut menerima makanan ringan berupa coklat, wafer dan pelbagai manisan. - Kompas Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI