suria

Menyayat hati... pasangan meratap sedih di sisi mayat anak kecil berusia 18 bulan, antara korban termuda konflik Rusia-Ukraine

Pasangan Marina Yatsko dan Fedor berlari membawa anak mereka yang cedera namun tidak dapat diselamatkan.

SEKEPING gambar penuh menyayat hati menunjukkan seorang ibu dan ayah meratap hiba di sisi mayat anak kecil mereka yang terkorban dalam serangan Rusia ke atas Ukraine.

Kirill, bayi lelaki yang berusia 18 bulan, adalah salah seorang mangsa paling muda sejak tentera Vladimir Putin melancarkan serangan.

Marina Yatsko dan teman lelakinya, Fedor dilaporkan berlari ke hospital membawa anak kecil mereka yang cedera dan dibaluti selimut dengan tompokan darah yang jelas kelihatan.

Pakar perubatan berusaha sedaya upaya untuk cuba menyelamatkan nyawa mangsa namun ternyata tiada apa yang boleh dilakukan.

Tragedi menyayat hati itu berlaku di Mariupol pada Sabtu, di mana pada hari berkenaan, orang awam diberi peluang untuk berpindah dan menyelamatkan diri.

Ia susulan Rusia dan Ukraine bersetuju melaksanakan gencatan senjata sementara di bandar Mariupol dan Volnovakha.

Bagaimanapun, tentera Kremlin didakwa melanggar janji mereka dan terus menyerang bandar berkenaan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain