suria

Dihina miliki buah zakar kecil, kepala botak... bapa 3 cahaya mata tak tahan diejek jiran wanita

Matthew menggelarkan wanita itu sebagai jiran dari neraka. Foto: Kennedy News and Media.

PENGHINAAN fizikal atau body shaming bukanlah satu isu baharu.

Biarpun dunia sudah menjangkau ke tahun 2022, masalah itu bagaikan tidak berkesudahan.

Terbaharu, seorang lelaki dari Maidstone, Kent, England turut berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa penghinaan oleh seorang jiran.

Cerita Matthew Grist, wanita itu sebelum ini pernah menunjukkan minat untuk mendekatinya, namun dia sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata.

Dedah Matthew, dia juga pernah meminjamkan tukul untuk wanita itu, namun hubungan mereka mula renggang gara-gara wanita itu yang terasa seolah-olah cintanya ditolak.

Dakwa Matthew lagi, wanita itu pernah meluahkan rasa minat terhadap dirinya menerusi Facebook, malah dia juga pernah muncul di pintu rumahnya dengan alasan mahu belajar bermain gitar.

Gara-gara berang kerana cintanya ditolak, wanita itu didakwa mengamuk di hadapan rumah Matthew dan menggelarkannya dengan beberapa penghinaan seperti memiliki buah zakar kecil, botak dan berselulit.

Malah, wanita itu didakwa turut ketawa terbahak-bahak sambil berkata Matthew tidak layak memiliki anak.

Menerusi perkongsian di media sosial, Matthew menggelarkan wanita itu sebagai jiran dari neraka.

Polis Kent berkata, mereka ada menerima laporan mengenai kes itu namun tidak mengambil tindakan kerana kekurangan bukti. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain