AKIBAT terlalu mengantuk, seorang pemandu uber tersangkut di dalam parit di tengah-tengah lereng curam yang terletak di kawasan luar bandar. Enggan namanya didedahkan, dia memberitahu, pada masa itu dia menggunakan sistem navigasi (waze) keretanya untuk pulang ke rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Tonton filem King Kong secara 'real', ibu bimbang anak tak rasa takut sebenarnya 'psychopath' ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis sanggup guna najis hasilkan karya, akui mahu menghina Presiden Rusia Katanya lagi, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kampung Marsden yang terletak berhampiran Huddersfield. "Oleh kerana terlalu mengantuk dan ingin segera pulang, saya menggunakan sistem navigasi yang ada dan tidak sangka, laluan yang digunakan itu membawa saya ke kawasan gelap. "Saya juga tidak dapat melihat dengan jelas kawasan sekitar sehinggalah menuruni lereng curam yang merentasi Saddleworth Moor," katanya. Kereta uber yang dipandunya sangkut di tengah parit. Menurutnya lagi, walaupun mengetahui laluan tersebut sempit dan dipenuhi batu bergerigi, dia tetap meneruskan perjalanan sehingga kereta Mercedes yang dipandu tersangkut dalam parit. "Saya cuba untuk patah balik tapi sukar. Jadi saya terpaksa minta bantuan kawan-kawan untuk mengambil dan menghantar saya pulang," katanya. Sementara itu, seorang penduduk setempat, Craig Hannah berkata, insiden yang berlaku itu adalah luar biasa kerana pemandu sanggup memandu jauh di laluan sempit dan curam itu. - Daily star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI