suria

Dua bulan selepas pembedahan eksperimen, penerima pertama jantung babi akhirnya meninggal dunia

Bennett menjalani pemindahan eksperimen pemindahan jantung babi selama sembilan jam pada Januari lalu. Foto: University of Maryland

LELAKI warga emas dari Maryland, Amerika Syarikat yang menjadi manusia pertama yang hidup dengan jantung babi, dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian David Bennett Sr, 57, disahkan oleh pihak hospital yang melakukan pembedahan transplan tersebut, Pusat Perubatan University of Maryland.

Pihak hospital bagaimanapun tidak menyatakan punca sebenar kematian Bennett, tetapi berkata keadaan kesihatannya semakin memburuk sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas kini hidup dengan jantung babi walau pada awalnya bimbang mati di katil bedah

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hidup dengan jantung babi pernah disabit kesalahan, tikam mangsa hingga lumpuh

Lelaki itu menghembuskan nafas terakhir di pusat perubatan tersebut, kira-kira dua bulan selepas menjalani pembedahan transplan berkenaan.

"Kami sangat sedih dengan kehilangan Bennett. Dia terbukti sebagai seorang pesakit yang berani dan cekal berjuang sehingga ke akhirnya," kata Dr Bartley Griffith dalam satu kenyataan.

Dr Bartley merupakan pengarah program pemindahan jantung di pusat perubatan berkenaan dan bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas BennetT.

Sementara itu anak lelaki Bennett, David Bennett Jr, mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan hospital berkenaan kerana melakukan segala usaha untuk merawat bapanya.

Untuk rekod, BenneTt menjadi manusia pertama yang hidup dengan jantung babi yang diubah suai secara genetik dan digunakan sebagai organ pengganti.

Menerusi pembedahan selama sembilan jam itu, pakar bedah menggunakan jantung babi berusia setahun seberat 108 kilogram yang diternak khusus untuk tujuan ini.

Pada awalnya, BennetT enggan menjalani pembedahan eksperimen ini memandangkan risiko dan peluang kejayaan yang tipis dan tidak mahu menemui ajal di atas katil bedah.

Namun selepas itu, BennetT mula berubah fikiran dan menyedari bahawa pembedahan adalah pilihan terbaik untuknya dan berharap sekiranya pembedahan itu berjaya dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama sepertinya. - Independent.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain