suria

Bau hancing, penuh timbunan sampah... pemilik terkejut penyewa turut ternak pelbagai haiwan berbisa dalam rumah

Phil meminta penyewanya keluar pada penghujung 2020.

MENJADIKAN pandemik Covid-19 sebagai alasan penyewa enggan pindah, pemilik rumah kecewa apabila kediaman yang disewakannya dijadikan 'pusat' pelupusan sampah.

Lebih mengejutkan apabila, bukan hanya ular sawa yang ditemukan di sudut bilik tetapi tuan rumah turut menjumpai kala jengking dan beberapa ekor tarantula.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi di bilik hotel! Pengurus koperasi minta pelanggan habuan seks... telefon bimbit bongkar foto, perbualan ramai wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil kesempatan krisis Rusia-Ukraine... pencuri dibogel, diikat pada tiang

Menurut Phil Tewkesley, dia sangat terkejut dengan keadaan semasa ketika memasuki rumahnya di Kendal, Cumbria England.

Katanya, selepas 'mengharungi' timbunan sampah-sarap, dia dikejutkan dengan seekor ular sawa yang sedang berlingkar di penjuru bilik.

Antara haiwan peliharaan yang ditinggalkan penyewa.

Antara haiwan peliharaan yang ditinggalkan penyewa.

"Ular tersebut melingkar di dalam akuarium. Ada tiga ekor lagi yang ditemui berhampirannya tapi dua sudah mati," katanya.

Ujarnya lagi, semasa membersihkan rumah, dia dan pasangannya, Lisa turut menghidu bau hancing yang teramat sangat.

Lebih menyedihkan katanya, penyewa tidak membayar kadar sewaan melebihi enam bulan.

Phil mengambil masa beberapa bulan untuk membuang sampah sarap yang ditinggalkan penyewanya.

Phil mengambil masa beberapa bulan untuk membuang sampah sarap yang ditinggalkan penyewanya.

Terdahulu, Phil meminta penyewanya untuk pindah keluar kerana dia akan pulang semula ke United Kingdon dari Australia pada penghujung 2020 selepas berkhidmat di sana selama lebih enam tahun.

Bagaimanpun, penyewa enggan keluar sehingga tahun berikutnya. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain