suria

Ambil kesempatan krisis Rusia-Ukraine... pencuri dibogel, diikat pada tiang

Seorang pencuri dibogelkan oleh penduduk setempat. foto dia images via Getty Images

SEORANG lelaki yang ditangkap kerana mencuri di rumah tinggal di Ukraine, sebelum dibogelkan dan diikat pada tiang oleh penduduk tempatan.

Suspek dikatakan cuba mengambil kesempatan daripada insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Dia kemudian diikat pada sebatang tiang lampu dekat sebuah stesen minyak di Kyiv.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu curi duit RM58,300 dalam kereta, pencuri tersilap ambil beg berisi lampin

Dilaporkan, banyak rumah ditinggalkan disebabkan penghuni bertindak keluar dari Kyviv untuk menyelamatkan diri.

Menerusi perkongsian gambar, sebuah kereta peronda polis turut kelihatan di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada kehadiran polis itu untuk membebaskan, menegurnya atau mengambil tindakan ke atas suspek.

Terdapat beberapa laporan di mana pencuri turut dihukum menggunakan cara sama apabila rakyat Ukraine enggan membiarkan negara mereka diceroboh ketika huru-hara yang disebabkan oleh tentera Vladimir Putin.

Seorang pengguna Twitter yang berkongsi beberapa foto pelaku berkata, penduduk tempatan mematahkan kegiatan perompak dan pencuri dengan cara mereka sendiri. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain