suria

Kantoi di bilik hotel! Pengurus koperasi minta pelanggan habuan seks... telefon bimbit bongkar foto, perbualan ramai wanita

Seorang pengurus koperasi meminta habuan seks daripada seorang pelanggan. -gambar hiasan

GARA-gara tidak mampu membayar pinjaman koperasi, seorang pelanggan diminta habuan seks daripada pengurus badan itu dalam kejadian di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat di Indonesia.

Kegiatan itu terbongkar menerusi satu serbuan polis Pamong Praja di sebuah hotel, pada Selasa.

Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Sumbawa, Sahabuddin mengesahkan serbuan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju dikoyak, frontliner diseret masuk semak nyaris dirogol

Menurutnya, dalam serbuan di sebuah bilik, seorang pengurus koperasi ditemui bersama seorang pelanggan wanita.

Difahamkan, pelanggan berkenaan telah berkahwin.

Berdasarkan siasatan, pelanggan wanita itu didapati tidak mampu membayar ansuran pinjaman koperasi.

"Pelanggan tidak mampu membayar dan pengurus memintanya untuk bertemu di hotel untuk melakukan hubungan seks,” kata Sahabuddin, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan masih dijalankan kerana disyaki terdapat mangsa lain.

Ini berdasarkan pemeriksaan terhadap telefon bimbit pengurus berkenaan yang mendedahkan banyak gambar dan perbualan dengan beberapa wanita.

"Kita mengesyaki terdapat mangsa lain," kata Sahabuddin sambil menambah serbuan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain