suria

Kantoi seludup emas 291 gram dalam rambut palsu, penumpang ditahan di lapangan terbang

Ketulan emas seberat 291 gram yang disorokkan dalam rambut palsu.

LAZIMNYA kita mendengar cerita tentang bagaimana pengedar dan penyeludup dadah di seluruh dunia melakukan pelbagai taktik 'unik' untuk menyeludup dadah.

Dalam insiden yang hampir sama, pegawai kastam di Lapangan Terbang Lucknow, India, merampas 291 gram emas, daripada seorang penumpang yang menyembunyikan logam tersebut di dalam rambut palsunya.

Dianggarkan ketulan emas tersebut bernilai sekitar RM83,727.

Dilaporkan, penumpang itu ditangkap selepas dia tiba di Lapangan Terbang Lucknow dari Sharjah.

"Tertuduh ditahan ketika melalui laluan pemeriksaan keselamatan. Ketika pemeriksaan dilakukan, didapati dia memakai rambut palsu.

"Semasa menanggalkan rambut palsunya, didapati satu kantung yang diperbuat daripada pita hitam mengandungi ketulan emas dilekatkan pada bahagian atasnya kulit kepalanya," kata seorang pegawai kastam.

Penumpang tersebut kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain