SEORANG gadis berusia 14 tahun dari Indonesia berkongsi teknik yang dilakukannya sehingga mampu menghafal 15 juzuk al-Quran. Menurut Ratu Sakinatul Aqila, sikap rajin menjadi kunci utamanya dalam mengejar impian dan kejayaan. ARTIKEL BERKAITAN: Umur 14 tahun dah belajar agama di Afrika Selatan, cikgu mengaji kongsi petua hafal al Quran Ratu sebelum ini mengikuti pengajian di di Madrasah Tsanawiyah (MTs) iaitu di peringkat sekolah rendah. Ketika di sekolah menengah, dia terpilih menjadi pelajar Universiti Airlangga (Unair) di Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Politik (Fisip). Sebagai pelajar pecutan, Ratu dikehendaki mengejar pencapaian akademik. Dia sentiasa belajar separuh hingga satu bab baharu setiap hari dan rajin membuat kerja sekolah. Dengan model pembelajaran pantas, Ratu mengakui hampir berputus asa, namun dorongan rakan-rakan membantu dia untuk terus bertahan dan melakar pencapaian. Mengenai pencapaiannya sebagai penghafaz al-Quran, Ratu berkata dia giat menyertai pertandingan sehingga terpilih ke peringkat daerah. Salah satu pencapaiannya, dia berjaya mendapat tempat kedua pertandingan bahasa Arab pada tahun 2021. "Selain mengejar akademik, saya lebih fokus mengejar hafazan. Kerana saya percaya prinsip yang ibu tekankan sejak kecil, 'kejarlah akhirat, maka dunia ikut'," kata Ratu. Selepas diumumkan lulus Seleksi Nasional Masuk Perguruan Tinggi Negeri (SNMPTN) 2022 Unair, Ratu berharap dapat menamatkan pengajian dengan lebih cepat. Dia juga mahu aktif dalam Badan Eksekutif Manusia (BEM) sambil mengejar impian untuk khatam hafazan al-Quran. “Saya ingin membanggakan Indonesia di arena antarabangsa dan menjadi insan berguna untuk semua orang,” kata Ratu. - Detik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI