suria

Bergambar depan Kaabah, YouTuber Daud Kim segak pakai ihram... Jalani ibadah puasa di Makkah dan Madinah

Daud Kim bersyukur diberi kesempatan untuk menziarahi Kota Suci Makkah dan Madinah.

TIADA apa yang dapat dikatakan selain memanjatkan syukur kepada Allah apabila dijemput menjadi tetamu-Nya di Makkah.

Demikian antara luahan YouTuber mualaf terkenal dari Korea Selatan, Daud Kim yang kini sedang menjalani ibadah puasa di Tanah Suci.

Kata Daud Kim, dia bersyukur diberi kesempatan untuk menziarahi Kota Suci Makkah selepas tiba di Madinah, awal April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’

ARTIKEL BERKAITAN: Lama merantau, lelaki ini pulang ke kampung semata-mata nak jadi YouTuber... jangan terkejut kerana pasangannya berusia 75 tahun!

"Akhirnya saya sampai ke Makkah. Saya insan paling bertuah kerana Allah pilih dan bawa saya ke sini... MasyaAllah.

"Terima kasih Allah, terima kasih beri peluang untuk saya hadir ke kota paling suci dalam dunia. Saya doakan semua saudara Muslim.

"Moga Allah ampunkan dosa kita, moga Allah terima doa kita," ujarnya sambil berkongsi foto di hadapan Kaabah.

Daud Kim turut berkongsi beberapa video, memaparkan aktiviti yang dilakukannya di Madinah dan Makkah.

daud kim 2

Daud Kim turut berkongsi beberapa video kunjungannya di sana menerusi Facebook dan YouTube.

Selain berbuka puasa dengan penduduk tempatan, Daud Kim turut mengambil kesempatan untuk menziarahi beberapa lokasi dan menyantuni kanak-kanak.

Video-video sepanjang dia di sana turut dikongsi menerusi laman YouTube dan Facebook.

Rata-rata pengikut Daud Kim turut meninggalkan komen positif, mendoakan agar segala urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

"Alhamdulillah. Semoga kamu dikurniakan umrah yang mambrur dengan kejayaan di dunia dan akhirat.

"Moga Allah permudahkan urusan umrah kamu dan menerima doa dan amalan kamu, Amin.

daudkim

Daud Kim berbuka puasa dengan penduduk tempatan di sana.

"MasyaAllah seronok tengok kamu dengan pakaian ihram. Moga Allah menerima doa kita semua," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Daud Kim mempunyai 3.21 juta subscribers di YouTube dan 1.7 juta pengikut di Facebook.

Sebelum ini, nama Daud Kim pernah hangat apabila timbul dakwaan dia mengambil minuman beralkohol serta mendera isterinya.

Namun, Daud Kim menafikan tuduhan itu termasuklah menepis fitnah yang mendakwa dia mempergunakan kisahnya menganut agama Islam untuk kemasyhuran dan wang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan