PASANGAN suami isteri durjana! Mungkin itulah gelaran tepat untuk menggambarkan tindakan keji seorang wanita, yang tergamak menyuruh anak perempuannya untuk melakukan hubungan seks dengan bapa tiri. ARTIKEL BERKAITAN: Rogol isteri rakan sarat mengandung, lelaki dipenjara 15 tahun Wanita berusia 41 tahun itu didakwa memaksa anak perempuannya yang berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan terkutuk dengan suaminya sendiri. Kejadian malang itu berlaku di Desa Geringging Baru, Riau, Indonesia. Dalam perkembangan terbaharu, pasangan suami-isteri itu telah meringkuk dalam penjara atas perbuatan jijik mereka. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kuansing (Kasatreskrim) AKP Boy Marudut Tua berkata, pelaku telah berulang kali melakukan hubungan seks dengan anak tirinya. Mangsa merupakan anak kandung kepada wanita itu. Pelaku pula merupakan suami baharu wanita tersebut dan mereka baru sahaja berkahwin tiga bulan lalu. "Mereka berdua mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi tidak ada dokumen nikah. Nikah hanya pengakuan," kata Boy dalam keterangan tertulis kepada wartawan, Sabtu. Menurut polis, kejadian berlaku apabila lelaki itu mengajak isterinya melakukan hubungan seks. Wanita itu menolak permintaan suaminya atas alasan sakit. Lebih jijik, dia menyuruh anaknya melayan nafsu suaminya itu. - Kompas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI